Wednesday, 11 April 2018 11:30

Balik Kampung Bersama Pensonic

 Menangi hadiah bernilai RM200,000 dalam 'Balik Kampung Bersama Pensonic!  
Nissan X Trail dan produk-produk Pensonic yang hebat mesti dimenangi dalam kempen ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’.

Tahun ini, satu rancangan baru yang menarik, 'Balik Kampung Bersama Pensonic' akan ke udara setiap Hari Isnin, jam 6.00 petang mulai 30 April 2018. Sertai pertandingan Beli, Tonton & Menang setiap minggu selepas menyaksikan rancangan ini yang terdiri dari 8 episod untuk peluang memenangi hadiah yang bernilai RM200,000.00 termasuk Nissan X-Trail dan produk-produk peralatan rumah Pensonic dari 1 April hingga 30 June 2018. Pengguna hanya perlu mengikuti langkah-langkah peraduan seperti di bawah:

  1. Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit.
  2. 'Like' Facebook Pensonic & poster peraduan.
  3. 'Share' poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am).
  4. Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3.
  5. PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB.

Para pengguna digalakkan untuk mengikuti (Follow) Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peraduan ini.
Selain dari Hadiah Nissan X-Trail, Hadiah Istimewa termasuklah:

  1. Mesin Basuh Pensonic 8.5kg
  2. TV LED 43" Pensonic
  3. Pendingin Udara Pensonic4.      
  4. Ketuhar 45L Pensonic  
  5. Pengisar Nutri De Blender Pensonic  
  6. Penyaman Udara

Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih dari peserta yang menyertai peraduan mingguan. Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3 setiap Hari Isnin jam 6.00 petang mulai 30 April 2018. 

Pg24 C 01

Pg25 C 01

Rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ terdiri daripada 8 episod dimana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah 80 pemenang bagi kesemua 8 episod. Hadiah-hadiah mingguan peraduan akan dinyatakan dalam poster peraduan Beli, Tonton & Menang. Jika anda telah menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang tetapi gagal memenangi sebarang hadiah, jangan putus asa kerana anda masih berpeluang memenangi Hadiah Utama Nissan X-Trail bernilai RM137,000.00!

Selain daripada peluang untuk memenangi hadiah-hadiah utama, hadiah-hadiah mingguan dan mempelajari cara menyediakan resipi-resipi menyelerakan yang akan ditunjukkan dalam rancangan ini, artis-artis tempatan bersama-sama dengan Chef kegemaran anda Dato Chef Haji Ismail sudah tentu akan membuatkan anda terpaku di hadapan kaca TV setiap Hari Isnin pada jam 6.00 petang. Artis-artis tempatan ‘hot’ yang akan muncul dalam rancangan ini ialah Hafidz Roshdi, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Nadia Amira Othman, Ashraf Islam, Alif Satar, Erwin Dawson, Nur Risteena Munim Binti Zainul Ilyas, Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas, Ika Nabila binti Abdul Rahim dan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kali ini, rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ mengabdikan kenangan indah amalan tradisional ‘Balik Kampung’ di Hari Raya. DCH Ismail akan ‘Balik Kampung’ bersama selebriti ke kampung masing-masing dan berbual mengenai kenangan masa lalu. Kemudian, DCH Ismail dan selebriti akan memasak makanan yang mereka gemari di Hari Raya.  

Pg26 C 01

Terma & Syarat Peraduan Beli, Tonton & Menang ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ 2018

  1. Setiap resit layak untuk satu penyertaan sahaja. Jika lebih daripada satu penyertaan dikemukakan menggunakan resit yang sama, hanya satu penyertaan akan dipertimbangkan.
  1. Maklumat dalam Kad Waranti hendaklah dilengkapkan dengan sepenuhnya.
  1. Peserta yang menyertai peraduan ini dan telah memenuhi syarat-syarat peraduan, layak ke pusingan akhir dan berpeluang memenangi hadiah utama Nissan X-Trail.
  1. 10 pemenang akan dipilih bagi setiap episod peraduan Beli, Tonton & Menang ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’.
  1. Pemenang untuk hadiah utama iaitu Nissan X-Trail akan diumumkan melalui Live FB Streaming di Facebook.
  1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  1. Peraduan ini tidak terbuka untuk kakitangan atau keluarga kakitangan Pensonic Holdings (Pensonic).
  1. Peraduan ini akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Pensonic.
  1. Semua penyertaan mesti dihantar dalam tempoh peraduan yang ditetapkan.                                                            
  1. Peserta mesti mematuhi semua syarat-syarat penyertaan seperti yang dinyatakan.
  1. Pemenang perlu menghubungi Pensonic dalam tempoh 3 hari selepas pengumuman pemenang dibuat di Facebook.
  1. Kami akan berusaha untuk menghubungi pemenang, tetapi jika pemenang tidak dapat dihubungi, atau jika penyertaan yang diterima tidak memenuhi syarat peraduan, maka hadiah akan terbatal dan tidak boleh dituntut.
  1. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan Pensonic berhak menukar hadiah yang diumumkan dengan hadiah lain tanpa notis terlebih dahulu.  
  1. Pemenang hendaklah menuntut hadiah dari pejabat Pensonic kerana gambar pemenang akan ditangkap bagi tujuan rekod, melainkan diberitahu sebaliknya.
  1. Hadiah boleh diambil dari ibu pejabat Pensonic di Bukit Minyak atau dari Pejabat Pensonic Petaling Jaya sahaja. Bayaran kurier akan dikenakan sekiranya pemenang ingin mendapatkan hadiah selain dari dua pejabat yang dinyatakan.
  1. Pensonic berhak mencetak, mengedar dan menggunakan gambar-gambar dan bahan-bahan yang dihantar dalam penyertaan sebagai kandungan berhubung (online), ‘on-ground’ atau bahan cetakan yang lain.
  1. Pemenang-pemenang bersetuju untuk Pensonic menggunakan nama-nama dan gambar-gambar mereka dan akan bekerjasama dengan sebarang permintaan yang munasabah oleh Pensonic bagi tujuan pengiklanan atau media.
  1. Pasukan Facebook Pensonic berhak dengan budi bicara mutlaknya dan tanpa notis terlebih dahulu untuk mengecualikan peserta dari penyertaan selanjutnya dalam peraduan.
  1. Sebarang keputusan adalah muktamad. Peserta bersetuju untuk mengikut keputusan Pensonic berkenaan dengan sebarang aspek peraduan.
  1. Pasukan Facebook Pensonic berhak memantau, dan mengendalikan semua aktiviti peminat Facebook, semasa dan selepas tempoh peraduan.
  1. Pensonic berhak menukar hadiah-hadiah, menukar Terma & Syarat Peraduan atau menghentikan peraduan ini tanpa notis terlebih dahulu dan peserta akan terikat oleh perubahan ini. Peserta bersetuju menyerahkan hak-hak mereka mengenai peraduan ini dan tidak boleh mengambil tindakan terhadap Pensonic.
  1. Peserta menyertai peraduan atas risiko sendiri. Dengan membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat ini, Perserta bersetuju untuk melepaskan pihak Penganjur, sekutu dan agensinya , dan pekerja , pegawai, pengarah dan wakil-wakilnya dari apa-apa kemalangan, kecederaan, tuntutan, kerugian atau kerosakan yang mungkin berlaku akibat penyertaan dan aktiviti peraduan, melainkan kerosakan, kos atau kemalangan disebabkan oleh kecuaian atau salah laku oleh mereka yang disebutkan di atas.
  1. Dengan menyertai peraduan ini, anda bersetuju dengan terma & syarat di atas.  

            

Search